Wednesday, September 15, 2004

TV realiti, kadang-kadang terfikir, sejauh mana ianya mempengaruhi kehidupan masyarakat kita? sampai ada orang yang sanggup berhabisan beratus-ratus ringgit sehari hanya untuk mengundi peserta yang diminati supaya terus kekal, berjujuran air mata menangisi peserta yang pergi. Adakah ia terlalu meracuni pemikiran ?



Ahad lepas, sekeluarga menonton Malaysian Idol result 8tv , untuk kali ini mereka dibahagikan pada 2 group , A , B. Banyak kejutan berlaku pada mulanya ,tak sangka Jac, Nikki n Saiful , sms terendah, Saiful agak dijangka tapi Jac? she too confident i think.Tiba-tiba terdengar suara orang menangis, guess who?adik bongsuku, dengan tersedu-sedu dia cakap



"amni nak nikki dgn saiful...."
"amni nak nikki dgn saiful jugee"



terpakse ibu dukung , diamkan dia. Ibu pujuk
"la.. ingatkan apa lah budak sorang ni nangis, itu saiful dah masuk balik.. tak mau nangis dah".



"tapi amni nak nikki dgn saiful jugee.... nikki dah takde.."
linangan air mata sungguh.



"yerler.. dah..dah.. nanti ibu call yer.. suruh dorang masukkan nikki".



Baru 4 tahun.. kelakar sungguh.. selama ni ingatkan dia tak paham , paham rupenya.
Gelak sampai guling-guling malam tu, sampai kene cubit dengan ibu.


No comments:

Post a Comment