Sunday, October 16, 2005

seperti kacang lupakan kulit

Seperti Kacang Lupakan Kulit



Pada suatu hari, ayah dan saya berjalan-jalan di bazaar Ramadhan.. tiba-tiba, semasa kami membeli juadah berbuka puasa.. ada seorang lelaki menegur ayah..



"pakcik.. pakcik pernah berlakon ke masa muda dulu?" dia berkata.



"kenapa?" ayah pula berkata.



"gaya pakcik macam pelakon filem lah.. sekarang ini pon masih segak, bergaya" lelaki itu berkata lagi.



"ada la dulu.. 3-4 filem.. tapi dulu-dulu lah.. sekarang tidak lagi" ayah membalas dengan senyuman.Sungguh ayahku sangat selamba membohong *sunat



kelakar sungguh situasi itu, tengok filem pun ayah tidak minat.. jauh panggang dari api. Pengajaran kita hari ini ialah... seperti kacang lupakan kulit ( ade kaitan ker? hihi )

No comments:

Post a Comment